Daisypath Wedding tickers

Tuesday, 5 June 2012

Aura Suami

Alhamdulillah,

Semua majlis berjalan dengan lancar.
Bersyukur pada Allah SWT,
Dengan sekali lafaz,
aku bergelar suami kini.

Tapi,
Baru seminggu melayari bahtera perkahwinan,
hati kecil aku kembali terusik,
dek kenangan lama yang terlalu sukar untuk dipadamkan.

Alkisah bermula bila aku dipanggil untuk satu program temuduga jawatan kerajaan.
Program selama dua hari di pusat pentadbiran negara.
Program bermula dengan Ujian kecergasan.
Aku memang dah agak aku tak boleh,
tapi degil, nak mencuba jugak.
lastly, tewas gak masa lari² pusing padang.

Kecewa gak, sebab tinggal 1 pusingan jer lagi,
tapi ketahanan otot aku tak membenarkan aku menghabiskan ujian itu.
Dalam menahan kesakitan,
ada seorang hamba Allah datang menegur + hulurkan minyak panas,

Subahanallah, cantiknya makhluk ciptaan Allah,
Tapi cepat² aku sedar,
teringat isteri yang aku tinggalkan di rumah.
Allahu akbar.

Aktiviti sebelah malam makin mencabar keimanan aku,
bukan dek kerana cantik gadis yang menggoda nie,
tapi sebab muka dia seiras seseorang,
tambah bila dia senyum,
saling tak tumpah.
bezanya dia putih gebu,
dan kenangan aku hitam manis.

Hebat ujian Allah,
kala baru seminggu bergelar suami,
ujian yang diberikan untuk menggoncang,
jalur² kesetiaan yang aku sedang sulam terhadap isteri yang aku nikahi.

Tapi syukur alhamdulillah,
saat si gadis meluahkan perasaan,
untuk berkenalan,
aku tunjukkan cincin di jari yang disarungkan oleh isteri aku selepas ijab qabul kami,
"maaf, saya dah berkahwin. Kalau nak berkawan, boleh, tapi berkenalan sekali dengan isteri saya."
Tersentak si gadis,
tapi masih mampu menguntum senyuman,
sempat dia hulurkan namecard kepada aku,
hebat,
lulusan UK, jawatan besar dalam syarikat swasta terkemuka di kuala lumpur.

Aku hulurkan senyuman,
tanpa namecard,
Insha Allah, kalau diizinkan Allah,
kita akan jumpa lagi.

Syukur,
jalur kesetiaan pada isteri aku masih kukuh,
kamu hebat,
tapi tak sehebat isteri aku.
Insha Allah, aku doakan yang terbaik buat kamu.
Aku bersyukur atas ujian ini,
moga aku mampu hapuskan kenangan lama aku.


0 comments: